Monday, June 4, 2018

Amalan di Bulan Ramadhan

Assalammualaikum semua.

Apa khabar? Sihat? Harapnya, semua sihat sihat saja ye. Kalau tak sihat, boleh order vitamin dengan Ezza. hehe.

Pejam celik, pejam celik dah hari ke 19 kita berpuasa ye. Macam mana dengan amal kita? Harapnya makin bertambahlah amalan-amalan yang membawa kepada keredhaan Allah di bulan yang mulia ni ye, InsyaAllah. 😊

Kita akan menginjak ke minggu terakhir bulan Ramadhan. Macam-macam perasaan ada, bercampur baur. Tetapi, kita harus menggunakan peluang bagi mengisi amalan dan ibadah di hari-hari terakhir bulan Ramadhan ni. Bersediakah kita untuk merebut ganjaran di malam Lailatul Qadar? Jika belum, jom mulai malam ini, kita melipatgandakan amalan kita. Semoga niat kita dan tindakan kita dalam mengejar redhanya, diredhainya. Aamin, InsyaAllah.


Antara amalan yang perlu dilakukan menjelang 10 malam terakhir di bulan Ramadhan.

Selain tu, amalan sunat juga jangan dilupa. Mari kita hidupkan bulan Ramadhan dengan mendidik jiwa supaya menjadi mukmin yang lebih berkualiti. Antara amalan yang boleh dilakukan sepanjang Bulan Ramadhan adalah seperti berikut:

1)   BERSEDEKAH


"Tidak akan berkurang rezeki seseorang yang bersedekah kecuali bertambah, bertambah, bertambah" - H. R. Tirmidzi

2)   BERUSAHA UNTUK DIRIKAN SOLAT MALAM


"Jika anda menginginkan sesuatu dalam hidup anda dan tidak mendirikan solat Tahajjud maka pada hakikatnya anda tidak benar-benar menginginkannya"

3)   SOLAT PADA WAKTUNYA


"Rasulullah SAW bersabda, : Amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah solat pada waktunya, berbakti kepada kedua orang tua, kemudian jihad di jalan Allah SWT "

4)   LAZIMI BERDOA



5)   MEMBACA AL-QURAN



Dalam sibuk mengejar pahala di bulan Ramadhan, kesihatan dan pemakanan yang sihat juga tidak dilupa. Pastikan kita mengambil makanan yang mengandungi zat dan nutrisi agar badan kekal bertenaga. Seperti saranan yang diberi oleh Kevin Zahari, selaku coach fitness supaya mengambil makanan yang mengandungi protein yang bersih dan mengenyangkan. Antara contoh makanan yang boleh diambil ketika Sahur adalah ESP. Bangun pagi tinggal bancuh dengan susu, tambah sikit kurma, dan blend. Siaappp! Senang, Cepat dan Mengenyangkan! 


Selain tu, ESP juga merupakan sumber protein terbaik kerana mengandungi Indeks Glisemik (GI) yang rendah, mengandungi 9 asid amino, dan yang paling penting sekali ESP menggunakan kacang soya yang mengandungi "non-GMO" (Non-Genetically Modified Organism) iaitu tidak diubah suai dan diproses pada suhu yang sangat rendah. 



Semoga dengan asbab penggunaan ESP membolehkan kita untuk kekal bertenaga dalam mengerjakan ibadah di dalam bulan Ramadhan. Seperti petikan hadis dari HR Ibnu Asakir yang mengatakan "Kerjakanlah urusan duniamu seakan-akan kamu hidup selamanya, dan laksanakan akhiratmu seakan-akan kamu akan mati esok." Semoga kita dapat membahagikan urusan kita untuk dunia dan juga akhirat dengan sebaiknya. InsyaAllah. 




Friday, June 1, 2018

Set Kecantikan Kulit Shaklee Untuk Wajah Cantik Berseri


Assalammualaikum.

Apa khabar? Harap semua sihat-sihat belaka ye. Bersua kembali kita dengan entry yang baru. Haa, harini Ezza nak cerita tentang tips cantik. Sape kat sini tak suka jadi cantik? Mesti semua orang nak jadi cantik kan? Memiliki kulit yang cantik, licin, putih, gebu tanpa jerawat dan jeragat sememangnya idaman semua orang terutamanya WANITA termasuk Ezza. Kadang-kadang tu bila jerawat tumbuh seketul je, mesti tak keruan kan. Kadang-kadang mood kita pun boleh terganggu disebabkan jerawat je, Stress dia, jangan ceritalah.

Kalau korang menghadapi situasi yang sama seperti Ezza, apa kata korang cuba Set Kecantikan Kulit Shaklee ni. InsyaAllah pasti tak menyesal. Kalau taknak cuba baru korang rasa menyesal. Bila dah cuba mesti jatuh cinta, confirm tak cari lain. Percayalah cakap Ezza ni. Kenapa Ezza cakap macam tu? Sebab Ezza sendiri dah rasa perubahannya. Dulu muka kusam je sampai hilang rasa keyakinan diri. 24 jam kena bergantung harap dengan foundation dan compact powder. Stressnya rasa. Padahal kalau fikir semula, compact powder semua tu kan banyak kandungan kimia, liang pori pun boleh tersumbat, dan lagi satu kalau tak basuh muka bersih-bersih, anda memang mengundang tetamu yang tak diundang iaitu Encik J iaitu JERAWAT. Encik J ni musuh utama semua orang ye, terutamnya kaum wanita.

Waktu zaman study dulu, Ezza cuba-cuba je guna produk Shaklee ni. Biasalah zaman study, bila tiba hujung semester semua orang duk kalut, tidur tak cukup, kadang makan pun ala kadar je demi nak menyiapkan assignment, projek dan slide  untuk presentation. Lepas dah selesai semua benda tu barulah rasa legaa tak terucap, tapi azab lain pulak datang. Mulalah muka ni naik jerawat dan kusam gara-gara makan tak jaga, tidur tak cukup dan takde masa nak pergi beriadah.

Satu hari tu, Ezza duk share dengan kawan tentang masalah Ezza. Lepastu Ezza perasan, muka kawan Ezza tu makin cerah, berseri cantikk je. Ezza tanya dia "kenapa muka kau makin cerah berseri ni, sharelah rahsia." Dia pun duk recommend dekat Ezza untuk cuba produk Shaklee ni. Untuk permulaan Ezza cuba amalkan Sustained Released Vita-C plus, (Vitamin C) dengan Vita-E Complex (Vitamin E). Dekat sebulan jugak lah Ezza amalkan, Alhamdulillah Ezza dapat rasa perubahan. Jerawat pun takut nak muncul.

Tak lama lepastu, Ezza tambah satu lagi produk Shaklee iaitu ESP. ESP ni sangat sesuai untuk semua yang jenis malas nak prepare breakfast. Letak je 2 sudu ESP campur dengan Fresh milk, lepastu goncang dan minum. Senang kan? Nak pergi menuntut ilmu kenalah isi dulu perut tu, barulah dapat fokus semasa dalam kelas. Ilmu pun senang masuk, InsyaAllah.


Alhamdulillah, secara tidak langsung, kulit semakin cantik, kalau ada jerawat pun, sekejap je dia dah kecut, badan lebih bertenaga walaupun hanya minum ESP sahaja pada waktu pagi, dan palingg best, waktu tengah hari pun kadang-kadang tak rasa lapar walaupun jam dah menunjukkan pukul 1 petang. Waktu tu memang rasa gembira tak terkata lahhh. Jadi, inilah rahsia Ezza untuk memiliki kulit cantik, dengan hanya menggunakan Set Kulit Cantik Shaklee. Jomlah jadi cantik ramai-ramai.

 

Kalau kulit bermasalah, jawapan mudah bagi menyelesaikannya adalah melalui penjagaan dalaman. Kalau penjagaan dalaman tidak dijaga, pakailah apa-apa produk penjagaan muka sekalipun, mukanya tetap begitu.

Pencuci muka atau solekan hanyalah menutupi luaran sahaja. Nak wajah cantik, kenalah rajin makan makanan berkasiat yang mengandungi vitamin, supaya badan kita mendapat zat yang mencukupi. Badan yang mempunyai zat yang mencukupi, akan terpancar melalui wajah yang cantik, bersih dan berseri.

Haa, korang takkan tengok je orang lain jadi cantik. Tak teringin nak jadi cantik macam dorang ke? Lepasni, tak payah gigih solek muka tebal-tebal, dengan Set Cantik Shaklee ni muka kita dah boleh jadi cantik. Let's cantik bersama Set Cantik Shaklee.😎Berminat untuk dapatkan Set Cantik Shaklee, jangan lupa whatsapp Ezza di 017-7281464.








Monday, May 21, 2018

Mencari Pengedar Shaklee Skudai, Gelang Patah, Iskandar Puteri dan Johor Bahru?


Assalammualaikum. πŸ™‚

Hai semua! Sebelum tu saya ingin memperkenalkan diri saya dahulu. Saya Ezza, merupakan SID (Shaklee Independent Distributor) atau bahasa yang lebih mudah dikenali sebagai pengedar Shaklee yang sah untuk daerah Johor Bahru. Nombor keahlian Ezza sebgai SID ialah (ID:1294887). Untuk menjadi pengedar Shaklee yang sah, anda perlu mendaftar keahlian bersama Shaklee dan dapatkan nombor keahlian barulah anda layak untuk menjadi pengedar Shaklee yang sah. Okay, panjang lebar pulak explain ye. Kalau rasa ada yang berminat untuk join keahlian boleh je contact Ezza, nanti Ezza guide satu-satu k.

Bagi mereka yang duduk berhampiran kawasan Skudai, Gelang Patah, Iskandar Puteri atau Johor Bahru yang berminat untuk dapatkan produk Shaklee atau ingin mencuba produk Shaklee, jangan risau anda boleh hubungi saya untuk mendapatkannya. InsyaAllah khidmat COD juga disediakan untuk kawasan Skudai, Gelang Patah, Iskandar Puteri dan Johor BahruπŸ’œ Jangan risau semua boleh settle. 😎

Haa, buat yang berada di luar kawasan Skudai, Gelang Patah, Iskandar Puteri dan Johor Bahru, mesti korang tertanya-tanyakan macam mana nak dapatkan stok Shaklee? "Tak boleh order ke sebab luar kawasan?" Jawapannya, Bolehhh. Jangan risau, Ezza boleh tolong poskan produk Shaklee melalui khidmat penghantaran POSLAJU ataupun Courier Service. InsyaAllah abang posmen akan pastikan supaya produk korang semua sampai segera kepangkuan. Bukan itu saja, anda juga layak untuk dapatkan konsultasi secara percuma melalui cara online.



Oh ye, sekiranya ada yang berminat dengan produk Shaklee atau ingin membuat pembelian dan ingin mendapatkan konsultasi berkaitan kesihatan atau kecantikan, boleh hubungi saya melalui :

πŸ‘‰ Nombor Telefon : 017-7281464
πŸ‘‰ Facebook : Ezza Abd Sukor
πŸ‘‰ Instagram : ShakleebyEzza

Okay, rasanya itu sahaja untuk entry kali ini. Jangan lupa ya, kalau nak dapatkan Shaklee di sekitar Johor Bahru, contact saja Ezza. Saya pengedar Shaklee Skudai, Gelang Patah, Iskandar Puteri dan Johor Bahru. πŸ’ž

Sampai berjumpa lagi di lain masa,

Ezza πŸ’•



Amalan di Bulan Ramadhan

Assalammualaikum semua. Apa khabar? Sihat? Harapnya, semua sihat sihat saja ye. Kalau tak sihat, boleh order vitamin dengan Ezza. hehe. ...