Monday, June 4, 2018

Amalan di Bulan Ramadhan

Assalammualaikum semua.

Apa khabar? Sihat? Harapnya, semua sihat sihat saja ye. Kalau tak sihat, boleh order vitamin dengan Ezza. hehe.

Pejam celik, pejam celik dah hari ke 19 kita berpuasa ye. Macam mana dengan amal kita? Harapnya makin bertambahlah amalan-amalan yang membawa kepada keredhaan Allah di bulan yang mulia ni ye, InsyaAllah. 😊

Kita akan menginjak ke minggu terakhir bulan Ramadhan. Macam-macam perasaan ada, bercampur baur. Tetapi, kita harus menggunakan peluang bagi mengisi amalan dan ibadah di hari-hari terakhir bulan Ramadhan ni. Bersediakah kita untuk merebut ganjaran di malam Lailatul Qadar? Jika belum, jom mulai malam ini, kita melipatgandakan amalan kita. Semoga niat kita dan tindakan kita dalam mengejar redhanya, diredhainya. Aamin, InsyaAllah.


Antara amalan yang perlu dilakukan menjelang 10 malam terakhir di bulan Ramadhan.

Selain tu, amalan sunat juga jangan dilupa. Mari kita hidupkan bulan Ramadhan dengan mendidik jiwa supaya menjadi mukmin yang lebih berkualiti. Antara amalan yang boleh dilakukan sepanjang Bulan Ramadhan adalah seperti berikut:

1)   BERSEDEKAH


"Tidak akan berkurang rezeki seseorang yang bersedekah kecuali bertambah, bertambah, bertambah" - H. R. Tirmidzi

2)   BERUSAHA UNTUK DIRIKAN SOLAT MALAM


"Jika anda menginginkan sesuatu dalam hidup anda dan tidak mendirikan solat Tahajjud maka pada hakikatnya anda tidak benar-benar menginginkannya"

3)   SOLAT PADA WAKTUNYA


"Rasulullah SAW bersabda, : Amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah solat pada waktunya, berbakti kepada kedua orang tua, kemudian jihad di jalan Allah SWT "

4)   LAZIMI BERDOA



5)   MEMBACA AL-QURAN



Dalam sibuk mengejar pahala di bulan Ramadhan, kesihatan dan pemakanan yang sihat juga tidak dilupa. Pastikan kita mengambil makanan yang mengandungi zat dan nutrisi agar badan kekal bertenaga. Seperti saranan yang diberi oleh Kevin Zahari, selaku coach fitness supaya mengambil makanan yang mengandungi protein yang bersih dan mengenyangkan. Antara contoh makanan yang boleh diambil ketika Sahur adalah ESP. Bangun pagi tinggal bancuh dengan susu, tambah sikit kurma, dan blend. Siaappp! Senang, Cepat dan Mengenyangkan! 


Selain tu, ESP juga merupakan sumber protein terbaik kerana mengandungi Indeks Glisemik (GI) yang rendah, mengandungi 9 asid amino, dan yang paling penting sekali ESP menggunakan kacang soya yang mengandungi "non-GMO" (Non-Genetically Modified Organism) iaitu tidak diubah suai dan diproses pada suhu yang sangat rendah. 



Semoga dengan asbab penggunaan ESP membolehkan kita untuk kekal bertenaga dalam mengerjakan ibadah di dalam bulan Ramadhan. Seperti petikan hadis dari HR Ibnu Asakir yang mengatakan "Kerjakanlah urusan duniamu seakan-akan kamu hidup selamanya, dan laksanakan akhiratmu seakan-akan kamu akan mati esok." Semoga kita dapat membahagikan urusan kita untuk dunia dan juga akhirat dengan sebaiknya. InsyaAllah. 




No comments:

Post a Comment

Amalan di Bulan Ramadhan

Assalammualaikum semua. Apa khabar? Sihat? Harapnya, semua sihat sihat saja ye. Kalau tak sihat, boleh order vitamin dengan Ezza. hehe. ...